Sunday 4 December 2011

Tanaman Hiasan

Pengenalan

Tanaman Hiasan dapat mengindahkan landskap disamping dapat menenangkan fikiran kita.

Jenis - Jenis Tanaman Hiasan

a) Pokok Naungan

Pokok Beringin (Ficus benjamina)
 Pokok Tembusu (Fragrea fragrans)

* ditanam untuk mendapat teduhan sesuatu tempat
* tumbuh merendang melebihi ketinggian 5 meter
* mempunyai kanopi yang padat
* mempunyai ciri-ciri seperti batang utama yang lurus dan tegak serta tidak mempunyai akar yang boleh merosakkan jalan / struktur sekeliling
  
b) Pokok yang Memanjat / Menjalar


Pokok Bunga Kembang Pagi (Gloriosa superba)

Bunga Ros Jepun (Portulaca grandiflora)

*TUMBUHAN MEMANJAT
  -  mempunyai organ khas seperti sulur paut untuk memanjat dan menjalar
  -  boleh memanjat dinding dan pagar

*TUMBUHAN MENJALAR
  -  tidak mempunyai organ khas untuk memanjat
  -  tumbuh melata dan sesuai sebagai tanaman hiasan penutup bumi.

c) Pokok Lendair
Lidah Buaya (Aloe Vera)

* tidak mempunyai tisu-tisu kayu dibahagian-bahagian penyokongnya seperti batang / ranting
*lebih sensitif dan manja kepada alam sekitar
*tidak tahan kepada pancaran matahari terik - lebih sesuai ditanam di dalam bangunan
*memerlukan penjagaan yang lebih rapi
*biasanya ditanam di dalam bekas / pasu

d) Pokok Renek


Puding (Codiaeum variegatum)

Bunga raya (Hibiscus rosa sinensis)

Teh Pagar (Acalypha siamensis)

*mempunyai banyak batang dan cabang
*batangnya muncul dari pangkal pokok
*ketinggian kurang dari 5 meter

e) Pokok Palma


Pokok Pinang Raja (Crytostachys lakka)

Pinang Kuning (Chrysalidocarpus lutescens)

Pokok Rafis (Rhapis excelsa)

*mempunyai satu batang dan diakhiri oleh sejambak daun
*terdapat juga yang tumbuh secara berumpun - sesuai untuk tanaman hiasan di dalam pasu dan di atas tanah secara kumpulan

f) Penutup Bumi

Rumput Tikar (Axonopus compressus)

Rumput Mondo (Ophiopogon sp.)

Rumput st. Augustine "variegated"

*ditanam untuk mengawal rumpai
*tumbuhan rendah yang tumbuh menjalar di atas permukaan

g) Pokok Kaktus


                                                     Espostoa lanata

Cereus peruvianus

*sesuai untuk hidup di gurun pasir yang bersuhu tinggi dan kekurangan air
*sejenis tumbuh-tumbuhan dari famili Cacteceae

h) Pokok Bunga Semusim


Keembong (Imaptients spp.)

Balun Ayam (Celosia spp.)

Marigold (Tagetes erecta)

*tumbuh dengan cepat
*mengeluarkan bunga
*tempoh jangka hayat yang pendek
*berbunga sekali sahaja sepanjang hayat dan akan mati selepas berbunga
*mudah ditanam
*dibiakkan melalui biji benih






1 comment:

  1. tumpang tanya..tahu tak apa nama pokok ni??mintak tolong sangat2,trima kasih..
    http://freestylergrafitti.blogspot.com/2013/09/alahai-pokok.html

    ReplyDelete