Wednesday 7 December 2011

Penjagaan Tanaman Hiasan Di Dalam Bekas

MENYIRAM


  • Tumbuhan memerlukan air yang cukup untuk tumbuh sihat
  • Penyiraman dilakukan 2 kali sehari - pagi dan petang untuk menggantikan air yang hilang melalui proses transpirasi

MERUMPUT



  • Membuang pesaing tanaman
  • Mengelakkan menjadi perumah kepada penyakit dan perosak
  • Kawasan kelihatan bersih dan cantik

MENGGEMBUR


  • Membaiki saliran supaya air dan udara dapat memasuki rongga medium dengan segera
MEMBAJA



  • Memmulihkan kandungan nutrien dalam tanah sekali dalam 2 minggu
  • Baja tiruan NPK atau baja organik
  • Membaja hendaklah dijauhkan sedikit dari pangkal pokok
  • Nitrogen - pengeluaran daun
  • Fosforus - pengeluaran akar, bunga dan buah
  • Kalium - Kekuatan serta tahan penyakit
MENCANTAS


  • Membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara teratur
  • Tujuan    - mengawal saiz , mengurangkan transpirasi, mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar, menggalakkan pertumbuhan bunga, mengekalkan kesuburan, meninggikan nilai estetika

Bekas Tanaman Hiasan

Bahan Kitar Semula


Tayar terpakai




Cengkerang Siput




Sabut kelapa


Pasu

Pasu Kaca

Pasu Simen



Pasu Tanah Liat



Pasu Plastik


Ciri-ciri Pasu
  • Kemas dan menarik
  • Saiz pasu
  • Mudah dibersihkan
  • Mempunyai lubang saliran
  • Ringan dan mudah dialirkan
Penyediaan Bekas Tanaman
Langkah 1
  • Pilih pasu yang mempunyai 2 atau 3 lubang saliran
Langkah 2
  • Jika guna bekas terpakai, cuci bekas dan kotoran
  • Jika guna pasu tanah liat yang baru, rendam dalam air semalaman
Langkah 3
  • Tutup lubang saliran dengan batu kecil atau serpihan pasu

Sunday 4 December 2011

Peralatan Perkebunan

Setelah mengenalpasti apa itu TANAMAN HIASAN, kita mempelajari tentang PEMILIHAN BIJI BENIH dan kita telahpun mengenalpasti ciri-ciri biji benih yang baik.  Disamping itu kita juga telah mengetahui apa itu MEDIUM SEMAIAN.

Untuk melengkapkan lagi proses penanaman TANAMAN HIASAN, kita memerlukan PERALATAN PERKEBUNAN.

TAHUKAH ANDA APA ITU PERALATAN PERKEBUNAN???

Jangan tidak tahu ya.... sekiranya tiada peralatan perkebunan kita tidaklah dapat melaksanakan aktiviti penanaman / perkebunan.  Peralatan perkebunan diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menyemai, menanam dan menjaga tanaman hiasa.  Bayangkanlah sekiranya kita sudah pun mempelajari kemahiran-kemahiran perkebunan,sudah mengenal tumbuhan tetapi tiada peralatan untuk menanam tanaman tersebut...pasti susah jadinya kan??

Baiklah mari kita kenali apakah itu PERALATAN PERKEBUNAN

KEGUNAAN

a) PENCAKAR TANGAN
    Membersihkan / membuang rumput yang tumbuh dengan mudah

b) SUDIP TANGAN
    Mengorek / menggembur tanah sebelum melakukan aktiviti perkebunan

c) SERAMPANG TANGAN
    Memudahkan kerja untuk menggembur tanah

d) CANGKUL
    Menggali / membuat batas tanah dengan cepat (masih menggunakan tenaga manusia untuk mengendalikannya)


e) PENYIRAM AIR
    Memudahkan proses penyiraman tanaman.  Ladang / kawasan tanaman yang luas lazimnya menggunakan penyiram air automatik kerana menjimatkan kos penggunaan tenaga manusia.



f) SEKATEUR
   Alat ini digunakan untuk memangkas dahan-dahan kecil yang rosak atau patah pada tanaman.




Tanaman Hiasan - Pemilihan Biji Benih (2)

APA ITU PEMILIHAN BIJI BENIH???

# Anda boleh mempelajari pemilihan BIJI BENIH POKOK BUNGA SEMUSIM

  ~  Pembiakan pokok bunga semusim adalah melalui BIJI BENIH

  ~ Pemilihan BIJI BENIH yang BAIK penting untuk pembiakan setiap tumbuhan

  ~ Benih yang baik ialah

    a)  cukup matang
    b)  bernas (berisi)
    c)  bentuk yang normal
    d)  tiada serangan penyakit


# Anda juga perlu mengetahui apa itu MEDIUM SEMAIAN

  ~Setelah anda mengenali biji benih , anda akan menyemai biji benih tersebut dengan menggunakan MEDIUM

  MEDIUM adalah bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih

  ~ MEDIUM SEMAIAN ialah CAMPURAN TANAH yang digunakan untuk menyemai biji benih


TAHUKAH ANDA???

[  JOHN AGNES TELAH MEMPERKENALKAN NISBAH CAMPURAN MEDIUM SEMAIAN IAITU 2:1:1 ]



Medium Semaian terdiri daripada campuran TANAH LOAM, BAHAN ORGANIK dan PASIR SUNGAI.  Nisbah campuran medium ialah 2:1:1


2 : 1 : 1

PERINGATAN!!!!
*HARUS ANDA INGAT, NISBAH CAMPURAN MEDIUM SEMAIAN MESTILAH BETUL SUPAYA BIJI BENIH DAPAT TUMBUH DENGAN BAIK*

Tanaman Hiasan - Pemilihan Biji Benih (1)

Contoh Pokok Bunga Hiasan yang bercambah dari BIJI BENIH

BUNGA BALUNG AYAM


BUNGA BUTANG


BUNGA MATAHARI


BUNGA MARIGOLD


CONTOH BIJI BENIH BUNGA SEMUSIM


Biji Benih Keembong



Biji Benih Marigold



CIRI-CIRI BIJI BENIH YANG BAIK

*Padat
*Rupabentuk menarik
* Apabila direndam, ia akan tenggelam
*Tidak cacat dari luar



CIRI - CIRI BIJI BENIH YANG ROSAK

*Berongga, berlubang dan ringan
*Rupabentuk tidak menarik
*Apabila direndam ia akan timbul
*Cacat dari Luar


Video Percambahan Biji Benih


Tanaman Hiasan

Pengenalan

Tanaman Hiasan dapat mengindahkan landskap disamping dapat menenangkan fikiran kita.

Jenis - Jenis Tanaman Hiasan

a) Pokok Naungan

Pokok Beringin (Ficus benjamina)
 Pokok Tembusu (Fragrea fragrans)

* ditanam untuk mendapat teduhan sesuatu tempat
* tumbuh merendang melebihi ketinggian 5 meter
* mempunyai kanopi yang padat
* mempunyai ciri-ciri seperti batang utama yang lurus dan tegak serta tidak mempunyai akar yang boleh merosakkan jalan / struktur sekeliling
  
b) Pokok yang Memanjat / Menjalar


Pokok Bunga Kembang Pagi (Gloriosa superba)

Bunga Ros Jepun (Portulaca grandiflora)

*TUMBUHAN MEMANJAT
  -  mempunyai organ khas seperti sulur paut untuk memanjat dan menjalar
  -  boleh memanjat dinding dan pagar

*TUMBUHAN MENJALAR
  -  tidak mempunyai organ khas untuk memanjat
  -  tumbuh melata dan sesuai sebagai tanaman hiasan penutup bumi.

c) Pokok Lendair
Lidah Buaya (Aloe Vera)

* tidak mempunyai tisu-tisu kayu dibahagian-bahagian penyokongnya seperti batang / ranting
*lebih sensitif dan manja kepada alam sekitar
*tidak tahan kepada pancaran matahari terik - lebih sesuai ditanam di dalam bangunan
*memerlukan penjagaan yang lebih rapi
*biasanya ditanam di dalam bekas / pasu

d) Pokok Renek


Puding (Codiaeum variegatum)

Bunga raya (Hibiscus rosa sinensis)

Teh Pagar (Acalypha siamensis)

*mempunyai banyak batang dan cabang
*batangnya muncul dari pangkal pokok
*ketinggian kurang dari 5 meter

e) Pokok Palma


Pokok Pinang Raja (Crytostachys lakka)

Pinang Kuning (Chrysalidocarpus lutescens)

Pokok Rafis (Rhapis excelsa)

*mempunyai satu batang dan diakhiri oleh sejambak daun
*terdapat juga yang tumbuh secara berumpun - sesuai untuk tanaman hiasan di dalam pasu dan di atas tanah secara kumpulan

f) Penutup Bumi

Rumput Tikar (Axonopus compressus)

Rumput Mondo (Ophiopogon sp.)

Rumput st. Augustine "variegated"

*ditanam untuk mengawal rumpai
*tumbuhan rendah yang tumbuh menjalar di atas permukaan

g) Pokok Kaktus


                                                     Espostoa lanata

Cereus peruvianus

*sesuai untuk hidup di gurun pasir yang bersuhu tinggi dan kekurangan air
*sejenis tumbuh-tumbuhan dari famili Cacteceae

h) Pokok Bunga Semusim


Keembong (Imaptients spp.)

Balun Ayam (Celosia spp.)

Marigold (Tagetes erecta)

*tumbuh dengan cepat
*mengeluarkan bunga
*tempoh jangka hayat yang pendek
*berbunga sekali sahaja sepanjang hayat dan akan mati selepas berbunga
*mudah ditanam
*dibiakkan melalui biji benih