Setelah mengenalpasti apa itu TANAMAN HIASAN, kita mempelajari tentang PEMILIHAN BIJI BENIH dan kita telahpun mengenalpasti ciri-ciri biji benih yang baik. Disamping itu kita juga telah mengetahui apa itu MEDIUM SEMAIAN.
Untuk melengkapkan lagi proses penanaman TANAMAN HIASAN, kita memerlukan PERALATAN PERKEBUNAN.
TAHUKAH ANDA APA ITU PERALATAN PERKEBUNAN???
Jangan tidak tahu ya.... sekiranya tiada peralatan perkebunan kita tidaklah dapat melaksanakan aktiviti penanaman / perkebunan. Peralatan perkebunan diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menyemai, menanam dan menjaga tanaman hiasa. Bayangkanlah sekiranya kita sudah pun mempelajari kemahiran-kemahiran perkebunan,sudah mengenal tumbuhan tetapi tiada peralatan untuk menanam tanaman tersebut...pasti susah jadinya kan??
Baiklah mari kita kenali apakah itu PERALATAN PERKEBUNAN
KEGUNAAN
a) PENCAKAR TANGAN
Membersihkan / membuang rumput yang tumbuh dengan mudah
b) SUDIP TANGAN
Mengorek / menggembur tanah sebelum melakukan aktiviti perkebunan
c) SERAMPANG TANGAN
Memudahkan kerja untuk menggembur tanah
d) CANGKUL
Menggali / membuat batas tanah dengan cepat (masih menggunakan tenaga manusia untuk mengendalikannya)
e) PENYIRAM AIR
Memudahkan proses penyiraman tanaman. Ladang / kawasan tanaman yang luas lazimnya menggunakan penyiram air automatik kerana menjimatkan kos penggunaan tenaga manusia.
f) SEKATEUR
Alat ini digunakan untuk memangkas dahan-dahan kecil yang rosak atau patah pada tanaman.
No comments:
Post a Comment